Assalamualaikum..
Sekarang ni dah masuk 3 bulan atau lebih saya couple dengan
dia.Well, banyak argument that happened between us. Itu merupakan
kebiasaan,bukan? Kadang-kadang sakit hati juga apabila dia mengeluarkan
kata-kata sarkastik terhadap saya. Hahahaha. Memang patut lah, sebab saya lepak
dengan member lelaki saya. Tak tau lah kalau saya abaikan dia, tapi dia rasa
saya abaikan dia.. Hmm.. entah lah. Dulu, setakat sakit hati je. Saya akan
marah, then cool down balik. Tapi sekarang, tak tau lah kenapa saya sensitive
sangat bila dia marah saya. Bukan jarang-jarang. Selalu juga dia marah. At
first mood saya bukan main lagi berbunga-bunga nak mesej dia, tap tap, dia
hantar mesej yang sarkastik and menyakitkan hati, terus ‘hujan’ saya. Faham
kan?
Kalau sesetengah orang , maybe dah putus kot.. Yelah, dia bukan setakat cepat marah,kuat jealous and kuat merajuk juga kay.. Saya rasa berat hati nak lepaskan walaupun kadang-kadang diri rasa penat and tertekan yang teramat. Saya kena handle stress tentang sekolah,keluarga and dia. Penat memang penat. Saya dah sedia maklum dari awal. Tapi ini yang saya nak, so, terima je lah. Kira macam satu pengorbanan lah juga dari segi emosi. Emosi saya dah memang mudah terganggu. Pasal internet buat hal pun, saya dah marah.Rasa macam nak kelar je mana-mana anggota badan.Alhamdulillah, iman saya kuat. Hehehe.
Jealous. Bagi saya,secara jujurnya,saya tak suka perasaan tu. Well, to be logic, siapa je yang suka kan? But this feeling , can really damaged certain relationships. Saya ada perasaan ni kadang-kadang, tapi malas lah nak heboh. Tak suka berterus terang sangat sebab dah memang tau susah nak betulkan hubungan kita kalau kita inform kat dia yang kita jealous, dia dengan perempuan lain. Jarang berterus terang. Lagi suka pendam daripada bagitau. At least , kita tak gaduh. Painful but this is the best way for both of us.
Kenapa tak boleh lepaskan dia? Hmm.. termakan budi kot. Dia baik, jaga makan minum saya (boleh lah),tegur kalau saya buat salah.. Lagipun saya dah janji, tak akan lepaskan dia walaupun dia sakitkan hati saya macam nak gila. Saya dah janji untuk setia, so kenalah tunaikan janji itu. Yeah, crazy right? I know that. Sekali lagi, saya terjebak dalam ‘cinta itu buta’ kind of thing. It is really quite stressful sometime. Nak jadi loyal pun, kena bertempat juga la kan? Andai kata bukan jodoh kita, nak buat macam mana.. Lagipun, perjalanan kita masih jauh… Kita masih naive lagi, too dumb to understand, too young… Setiap kemanisan, adanya tanggungjawab.Adanya kesusahan,keperitan. Untuk mecapai itu semua, kita kena lah berikhtiar, berusaha.. barulah kita dapat manisnya. Seperti lebah, bekerja keras untuk mengumpul dan membuat madu, baru lah kita dapat merasai manisnya madu itu..
Maafkan saya sekiranya saya terlalu selfish. Hanya mementingkan kepentingan sendiri. Tetapi itulah hakikatnya. Kita haruslah fikir untuk diri sendiri juga. Saya buat apa yang mampu sahaja. Andai kata tidak, saya tak akan berjanji untuk tidak mengulangi. Sudah memang fitrah manusia untuk membuat kesilapan dan mengulanginya secara sedar ataupun tidak.Manusia juga mempunyai pilihan untuk belajar dari kesilapan dan berusaha ke arah yang lebih baik. Saya sedar saya bukan lah yang terbaik, memandangkan awak selalu sakit hati. Dan saya sedar saya selalu membuat kesilapan yang sama , tidak menitikberatkan perasaan awak. Tetapi saya adalah saya. Saya tak boleh ubah diri demi orang lain. Saya hanya boleh ubah diri saya jika itu yang saya inginkan. Saya tidak mengharapkan untuk awak faham, tetapi cukuplah sekadar mengetahui keadaan saya.
Saya amat menghargai awak. Saya dah cuba belajar untuk tidak suka sangat dengan awak, dengan harapan kalau awak cuba sakitkan hati saya, saya tak rasa sangat. Tetapi, Nampaknya saya dah terlanjur sayang kat awak dan itu membuatkan saya susah untuk lepaskan awak. Saya belum lagi halal bagi awak, jadi saya tak boleh lah nak menggembirakan awak atau menunjukkan yang saya amat menghargai awak. Cukuplah dengan sekadar ucapan terima kasih kerana most of the time, awak ada untuk saya.Andai kata saya bukannya jodoh awak nanti, awak akan berjumpa dengan orang yang lebih baik daripada saya. So, jangan risau ya?
Sampai sini sahajalah. Sudah cukup banyak saya meluahkan perasaan saya. Saya boleh lah feel at ease a bit sekarang ni. Lega dapat meluahkan perasaan melalui writing. Saya mengakhiri entri kali ini dengan harapan kehidupan dan emosi kita baik-baik sahaja. Assalamualaikum… :)