Thursday, January 17, 2013

Jumpa 'Bakal Adik Ipar'

Assalamua'laikum~

Hohohoho! Hari ni happy sikit. Nampak tajuk tu?Eh,taaaakkkk laaaahhh!! kiteorang belum tunang,belum kahwin.Hahaha.Saja je...Beside,we are still in form 3 ,remember?Memanglah ada pelajar yang kahwin awal.. tapi tak nak lah.. hahaha! Okey la.Apa yang aku merepek ni. =_=''

Tadi waktu sekolah, si Aidil jumpakan saya dengan adik Iz. LOL. orang kata muka sama and muka ada matang sikit. tapi tak pun. bagi saya,Izzat lebih matang. muka.bukan benda lain.harap maklum.
muka adik dia macam biasa.Waktu saya jumpa dia,dia pakai spek.tapi bila terserempak kat luar ,tak pula. oh.lupa pulak nak inform.dia adik lelaki. Aidil boleh pulak kenalkan saya sebagai bakal akak ipar dia! What?! Segann ar..! Adik dia boleh pulak tengok saya and tanya yang saya ni couple ngan abang dia.Hei! Tak ,Okey??

Suka pulak kenal ngan adik dia.Tapi segan la.Ngan abang dia lagilah.Adik perempuan dia tahu kot. entah lah.kejadian tu pun waktu form 1. Dah tak ingat la kot.

Hahaha. Lawak lah. Saya dah Block iz dalam FB.Saya dah berazam tak nak fikir pasal dia lagi. Tak nak buat entry pasal dia lagi. And now what? I'm typing an entry about him!

Saya pun ada jumpa ngan adik Hakim. Yeah,Danial Hakim. Si Nora tu lak boleh pulak cakap yang saya ni 'Bakal Makwe' abang dia! Kalau adik Iz,tau macam mana? Tak ke nahas aku??!

Urghh.. malas lah nak cakap pasal tu.Esok nak betulkan misunderstanding tuh.Kalau boleh la.

Okeylah.Nak siapkan kerja sekolah lah.Hehehe...
Assalamua'laikum~ :)

Sunday, January 13, 2013

Bab 1:Pendudukan Jepun di negara kita (Part 1)



Bab 1 : Pendudukan Jepun Di Negara Kita
Kedatangan Jepun
1.Jepun bangkit sebagai kuasa imperialis   -Pada tahun 1868 semasa pemerintahan Maharaja Mikado
                                                                       Meiji

2.Menekankan –Pemodenan
                        - Perindustrian

3.menjadikan Negara-negara Barat sebagai model

4. Sasaran awal Negara China

5.Sebab – banyak bahan mentah
                - Pasaran barangan Jepun

Faktor Perluasan Kuasa Jepun – Masalah ekonomi
                                                  - Tanah pertanian berkurangan
                                                  -Keperluan Bahan Mentah - Petroleum
                                                                                              -Getah
                                                                                               - Bijih Timah
                                                   -Pertambahan penduduk

Perluasan Kuasa Jepun
~ 1895-menewaskan China
~1905-menewaskan Rusia (kuasa imperialis)
~1910-menguasai Korea
~1932-menguasai Manchuria
~1937-menewaskan China
~1941-Menewaskan IndoChina
~1941-Menyerang Asia Tenggara
 
*Apa-apa fakta yang saya highlight kan warna oren, itu soalan popular PMR. Ini untuk PMR 2013 je tau.
               

Struggling For PMR !!

Assalamua'laikum... (saya memberi salam ..sunat..,awak yang baca ni WAJIB jawab! Hehehehe..)

Ya allah!! Rindunya nak menaip!! rindu sesangat! memandangkan jadual semakin padat (cewahh!) jadi memang tak boleh lah nak pegang laptop atau komputer.Huhuhu....
Lagi-lagi apabila ditegah oleh bonda dan kakanda tersayang.. no chance lah!
Tapi hari ni,saya update juga, itu pun curi-curi. hehehe... hanya sebuah buku yang menjadi pengganti kepada blog saya ini. buku pun buku lah. Asalkan boleh mengubat rindu..

Tuisyen tak banyak. hanya dua buah tuisyen yang perlu saya hadiri. hmmm... 1 hari dan 3 hari,tak silap saya. Faham? maksud saya, tuisyen A pergi selama 1 hari manakala tuisyen B pergi selama 3 hari. macam itu lah.Agak menakjubkan kerana saya dapat memahami matapelajaran Sejarah yang tidak saya gemari. Mungkin kerana penyampaian guru itu dalam menceritakan kembali jalan cerita tentera jepun itu agak menarik dan melucukan. Saya memang berhasrat ingin menceritakan kembali kepada rakan-rakan yang tidak memahami sekaligus dapat memperkuatkan lagi ingatan saya terhadap fakta-fakta sejarah tersebut. Alhamdulillah.sesetengah rakan-rakan saya dapat menangkap apa yang ingin saya sampaikan. Itu sudah cukup memadai. :)

Haihh... Drama mengenai saya dan juga Iz,belum lagi selesai... ingatkan sudah hampir ke penutup,rupanya masih lagi di pertengahan.. Semakin hari semakin keliru. sungguh! amat mengelirukan.. memang betul saya tak nak bincang lagi pasal dia kat blog,malah dah delete hampir separuh entri saya pasal dia..tapi hanya dia yang kerap muncul dalam fikiran ni.. hahaha.(mcm ayat jiwang lak :P) sebelum ini memang,secara jujurnya, saya pernah kecil hati dekat dia sebab,pertama! Dia OffChat dengan saya kat FB.Kedua!dia biarkan saya taip panjang-panjang kat FB and dia sedikitpun tak balas! Ketiga! dia bagitau member saya yang dia minat orang lain.with the word 'kot' at the end of the sentence! URGHH!!! >~<

Okey... saya dah ignoring aidil sejak dua menjak ni.. bukan saya tak nak cakap ngan dia,saya tak de 'modal' la nak berbual... nak citer pasal izzat kang dia juga yang muak.Hahahaha. saya suka cakap pasal izzat dengan dia. Suka Suka Suka! (pffft! gedik.sorry2...)

Anyway,I think I can overcome this problem. Probably. i don't know... Tapi first is first.PMR didahulukan ,keseronokan diutamakan! hehehe... Kadang-kadang saya ada fikir juga.Mungkin Izzat bagitau kat member saya yang dia minat orang lain sebab nak saya fokus kat PMR... kot. who knows?

Itu je lah luahan perasaan saya.Dah mimi,jangan naak runsingkan otak lagi. Pelajaran dulu.Tebus balik untuk UPSR. Okey guys! Assalamua'laikum~