Friday, November 30, 2012

ISU AURAT-Debat Ustaz vs Gadis Liberal

Assalamua'laikum..
******************************

Semua orang nak berfesyen dan mengikut trend, terutama golongan wanita. Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Bagus la. Tetapi ada juga sebahagian wanita yang mengutuk golongan bertudung ni dengan mengatakan pakai je tudung tapi akhlak tak bagus. Mengumpat orang sana sini, mengalahkan wanita
 yang tidak bertudung. Tambah lagi, pakai tudung tapi lengan terdedah, dada terdedah, kaki terdedah (ala macam entri yang ni: 8 jenis tudung pelik di Malayisa). Ada juga golongan wanita camni ye. Dah la tak tutup aurat terang-terangan, pastu berani kutuk orang yang sudah atau sedang mencuba untuk tutup aurat. Mari kita ikuti perbualan gadis liberal (wakil golongan yang suka kutuk orang bertudung) dengan seorang ustaz. (Nota: INILAH REALITI KEBANYAKKAN WANITA YANG TIDAK TUTUP AURAT, WALAU TIDAK SEMUA BEGINI)

Gadis Liberal :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :
“Ok silakan……what you want to know…”

Gadis Liberal :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”

Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”

“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”

Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”

Gadis Liberal :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”

Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”

Gadis Liberal :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”

Ustaz :
“Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….

“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?” Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”

Gadis Liberal :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”

Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”

“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”

Gadis Liberal :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”

Ustaz :

“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”

“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”

Gadis Liberal :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”

Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”

“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”

Gadis Liberal :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”

Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”

“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”

Gadis Liberal :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”

Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”

Gadis Liberal :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”

Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”





*Copy Paste. :)

Thursday, November 29, 2012

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan

Assalamua'laikum..

Tadi saya terjumpa laman web ni..
Jadi saya nak kongsikan kat awak-awak semua. :)


sila tekan Link ini.

Harap- harap dapat memberi manfaat bagi yang ingin mencari mengenai hal ini.

Remove Semua Entry Berkaitan Dangan Dia

Assalamu'alaikum..



HAhaha. Saja je bagitau.
Ouh.'Dia' yang saya maksudkan tu adalah orang yang saya minat.
Dalam beberapa entry,saya selalu luahkan pasal dia.
Tapi bila fikir-fikir balik.. There's no point writing about him..
macam mengumpat je..
tambah saham DOSA. Hish.Tak nak lah!

Hahaha.Lagipun..PMR next year.
Dah lah Last Candidates PMR 2013...
Ramai yang akan menaruh harapan yang tinggi kat kita..
Fuhh...seramnya!!

Anyway,Good Luck to all the PMR Candidates next year!
Belajar rajin-rajin tau!
Moga-moga kita dapat mencapai target straight A's dalam PMR.
Aamiin!!

Dengan usaha masing-masing,In Shaa Allah , kita boleh. :)

Assalamua'laikum~


Sunday, November 25, 2012

Perlukan Bantuan Menghias Blog?? Saya Sedia Membantu!

Assalamua'laikum~

Okey okey...sebenarnya bukan saya yang akan tolong anda semua..
Cuma saya akan sertakan link akak-akak serta adik yang pandai menhias blog.
Kat blog diaorang ni,ada tutorial on how to make your blog even cooler!

So ,Let me introduce One by one.

1.LYSSA FAIZUREEN

Dia lah Blogger yang pertama yang saya follow disebabkan TUTORIAL dia.
Banyak benda yang saya ambil dari dia ni..Fufufu~

2.NABILA MEDAN
Ni Blogger yang kedua.saya 'jumpa' dia baru-baru ni.Dalam tahun 2012 la.Hehehe..
saya dapat widget burung twitter dari dia la! Arigatou!(thnx!)

3.FAQIHAH HUSNI
Okey,caya ke tidak itu semua hak anda. Tapi Blogger ni berumur 12 Tahun (2012)!!
Muda-muda dah boleh buat Tutorial! Saya pun still terkial-kial.*malu-malu*
Hahaha!

Hmm.. ni je lah.Kalau ada apa2,boleh lah tanya diaorang.

*Hei,Safwan! Boleh tak ni?Kalau kau nak aku tolong buatkan,boleh je..Bagitau je aku,okey?

OK.Chao! Assalamua'laikum..~

Saturday, November 24, 2012

Break-In My Pal's Blog

Assalamua'laikum~



I'm going to start this entry with an evil laugh.ehem ehem.

MWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!!!!!

Okey...okey..
I am just kidding around.. hehehe..




Ubah sana,ubah sini.. hohoho!!
Susah tau aku cari Shoutbox tu untuk kau...

Hmm?why i did this?
It is Obvious! I am just messing with you. That's all..
And I am already bored with my blog,trying to seek an idea...
So,instead messing with my blog..
It would be more fun to mess yours.

Oh.and 1 thing.Thank you for following my childish blog.
I really appreaciate that.

I already got 7 followers now!
Aww... so touching.. I think I'm gonna cry...huhuhu...

I use the Twitter's concept. recognize this?

"You Follow me,I will Follow you back."

Yeah.So If you guys follow me,I will do the same.
But I kind of pissed when I try to Follow the blogger's blog but I can't.
I can't seem to find your link.
So please leave behind your link at my shoutbox,so that I can easily follow you back.

Hmm..So that's all for today.
Thanks for reading..
And as for you,Safwan.If you didn't satisfied with what I did to your dearest blog..
Please do tell me.I will change it back.
Sorry for the messed up that I've done.. hihihi. X)

Okey! See you guys on the next entry,Chao!

Friday, November 23, 2012

That Tuition Was A Sucess!

Assalamua'laikum~





Yup.I enjoy self study.(not because i'm 'forever alone'!)
Saya rasa kalau saya belajar sendiri lagi senang..
tak menyusahkan sesiapa..
Boleh belajar anytime,anywhere tanpa menghiraukan sesiapa..

Another reason is I can't understand certain people when they teach me.
Otak ni seolah-olah blank.. hahaha.




Parents dah memang dari Tingkatan 2 lagi nak hantar tuisyen.
Tapi saya je yang tak nak.. degil... hohoho~
Tambah dengan tanggunggjawab lain,memang penat lah..
So,Tingkatan 3 je lah nak ambil..

Tup-Tup!
Bulan November ni dah kena ambil.


Takpelah..Demi masa depan yang cerah..huhuhu..

Anyway,saya suka cikgu yang ajar saya tu.
Dia buat Science and Math seronok!
I'm having a great time there.

Saya harap saya dapat catch-up.. Aamiin!

2nd Segmen : Jom Upkan Followers Sampai Puas Hati !

Assalamua'laikum!


Orang dah tag, saya join je... hohoho!!
Hmm follower.. jap-jap.. *kira-kira*

Fuh~! Penatnya kira!




Syukur.. ada juga la yang nak follow blog merepek saya ni... hehehe... 

Tag-tag! 

 Iera
 Ctea


Okey! Siap! 

Thursday, November 22, 2012

Tak Lama Lagi Tuition!!

assalamua'laikum..



Yeah...
Saya dapat tau yang ibu nak hantar saya ke pusat tuisyen...
Nervous la juga...
ibu cakap ramai budak bangsa cina...
hmm.. i've used to that..
Dulu,dari darjah 2 sampai darjah 4 saya masuk kelas tuisyen Bahasa English yang penuh dengan pelajar bangsa cina, dan Iban. Umur pun lain-lain woo...



Tapi yang paling nervous tahap gaban nih, cikgu dia!!




i am freaking out!!


Takut la kalau garang.. huhuhu...
harap-harap tak la.. Aamiin!!

Tuisyen ni hari Jumaat. Ada lagi tuisyen hari-hari biasa..
(seriously,mom. Am I really that bad in my studies??)

Anyway.. saya rindu la martial art..
akak ada bagi suggestion, ambil bahagian dalam silat bila dah masuk tingkatan 4..
tapi bila kaji pasal silat... takut pula nak serta..
dasyat betul gerakan dia..
Dah lah ada lebih dari 20 jenis silat kat Malaysia ni..

Nanti-nanti lah saya mempertimbangkan lagi..
Fokus PMR je ...
Hehehe...

-Smile Always-

Tuesday, November 20, 2012

Segmen Saya Follow Awak , Awak Follow Saya

 Assalamua'laikum!! :D



 Kak Jannah kita ni ada buat segmen. So, saya ikut je lah. It is something about increasing our Follower(blog). Ada cara-cara dia .. and bagi newbie macam saya.. agak susah nak buat. Macam 'tag'. Dalam FB saya tau lah.. dalam blog... err... i'm clueless.So.. saya buat je lah. kalau salah, salah la. Hahaha!




Kak Jannah suruh 2 blogger atau lebih... So, ni je lah yang ada. kalau ada lebih saya 'tag' banyak-banyak. tapi ni je. 

Sooo.................... that's it.




Yeah.. Cuma 2 orang Blogger je.. So Pitiful...  


Hmm... Dah siap kot. Hahaha! Kalau ada apa-apa yang salah, sila tegur ye... entah betul,entah salah... gua kasi hentam saja!





-ENJOY YOUR DAY!-

 

Sunday, November 18, 2012

Jadual SPM 2012



Assalamua'laikum..


Jadual SPM 2012..
 
                        

                          



                             


                           


                       

                             


                       

                          


                           


*Maafkan saya kalau kecil sangat... Hehehe.. :D
Kalau nak print , tekan je link kat bawah ni. 'Right-click' and tekan 'Print'. :)

Sumber : Jadual Waktu Peperiksaan SPM 2012




Saturday, November 17, 2012

Pray For Gaza

Assalamua'laikum..

 
 


Marilah kita sama-sama mendoakan saudara-saudara islam kita di Gaza supaya tabah dan cekal menghadapi ujian Allah S.W.T..

Memang kita berasa marah atas tindakan ISRAEL terhadap umat Islam...
Tetapi jangan biarkan 'Kemarahan' manguasai kita..
Mencaci dan memaki bukanlah cara yang sesuai...

Panjatkanlah doa untuk kaum muslimin dan muslimat di sana yang sedang berjihad ke jalan Allah..
Berdoa tidak perlukan masa yang lama..
Hanya menadah tangan, dan berdoa seikhlas mungkin...

 “Bekerjalah untuk kematian yang mulia, nescaya kamu akan berjaya dengan kebahgiaan sepenuhnya. Moga Allah mengurniakan kepada kami dan kamu kemuliaan mati Syahid di JalanNya”. (Hasan Al-Banna).

Sesungguhnya umat yang tahu cara mati yang terbaik, yang tahu bagaimana untuk mati dengan kematian yang mulia, akan dikurniakan Allah kehidupan yang agung di dunia dan nikmat yang kekal di Akhirat. 

 Dari Al-Miqdam bin Ma’ad Yakram berkata, sabda Rasulullah saw bermaksud, “Bagi seorang syahid di sisi Allah mendapat 6 kelebihan, (i) diampun dosa-dosanya sebaik ditikam, (ii) diperlihatkan tempatnya di Syurga, (iii) diselamatkan dari azab kubur, (iv) diamankan dari Goncangan Besar, (v) dipakaikan tengkolok dari permata yang lebih hebat dari seisi dunia dengan dikahwinkan dengan 72 isteri dari Hurul Ain (bidadari Syurga), (vi) disyafaatkan 70 orang dari kaum kerabatnya” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah).

 Seorang sahabat lalu di satu lembah permai lagi dibelahi mataair yang sedap airnya. Dia berkata, “Apa kata aku mengasingkan diri dari manusia dan aku tinggal di lembah ini”. Berita ini sampai kepada Rasulullah saw lalu bersabda bermaksud, “Jangan buat seperti itu. Sesungguhnya berada kamu di Jihad di jalan Allah lebih afdhal dari solat di rumahnya selama 70 tahun. Tidakkah kamu suka Allah mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga? (Oleh itu) berperanglah kamu di jalan Allah. Sesiapa yang berperang di jalan Allah di atas untanya, wajib dia mendapat Syurga” (Hadis riwayat At-Tirmizi).

Ambil beberapa minit dan tadahlah tangan, untuk berdoa.. 
Al-Fatihah...  

Friday, November 16, 2012

Gabungan 2 Tutorial and 'BOOM'! Music Player!

Assalamua'laikum!


Penat saya mencari,selongkar dan...terus mencari hingga akhirnya!
Saya terjumpa kepada 2 tutorial, iaitu Cik Nabila dan Cik Lyssa tentang 'Floating Music Player' and 'Letak Lagu You Tube Tanpa Video'.

Disebabkan saya tak puas sebab tak dapat cari kod lagu yang saya nak, saya cari kat You Tube.
Dah dapat kat You Tube, dia punya video lak yang jadi masalah.
Besaq naa!
Tak nampak entry-entry yang saya post sebab dihalang oleh video You Tube yang BESAR GEDABAK!

Jadi,saya fikir tak nak guna yang 'floating music player'.Saya guna yang You Tube punye.
Bila cari-cari kat blog Kak Lyssa, Secara tiba-tiba je, Idea Pop-Out!

Hehehehe~ *mischievous laugh*


Saya gabungkan kod kedua-dua belah pihak pengantin 'lelaki and perempuan', (Ceh!)


And Tadaa~!



Dapat yang macam sekarang ni! *Senyum Bangga*
Memang perlukan kesabaran yang tinggi dan effort.
Caya tak?Saya berjam-jam menghadap laptop ,settlekan benda alah ni.
And Saya Puas Hati!! -..- *akhirnya!*

-CASE CLOSED- ^_^

Binatang Apa Yang Berkeliaran Kat Blog Saya Ni??

Assalamua'laikum!!

Hehehe... macam pelik je tajuk entri hari ni.. kan?
Korang sedar tak burung 'Twitter' yang comel tu?? Yang dok terbang kat blog saya sekarang ni?
Haa... ni lah yang che' nak habaq nih...
Saya jumpa kat blog Cik Nabila.. Masyuk~!
Follow-follow la dia ye? *Promote lak.Hahaha!*

Kalau nak letak kat blog korang, sila tekan link di bawah.




--------------------------->  Link  <----------------------------




Macam orang cakap. Sharing is Caring maa~  : 3
And kalau korang 'Click' burung peliharaan saya tu, korang akan terus pergi kat Twitter Account saya! :)

Okey lah! Che' nak pi blajaq. PMR tahun depan la katakan... Last Candicates lak tu!
Wish Me Good Luck!! X)

Wednesday, November 14, 2012

Tweet Tweet! :)

Assalamua'laikum and Salam Sejahtera... ^_^

*wink wink ;)

Lama dah tak update blog kan,kan,kan??
Hehehe...
Sekarang dah cuti sekolah..so,banyak benda yang nak diluahkan...

BUT!

First is First!
Saya just nak bagitau yang saya dah ada TWITTER~
Hahaha! Ini pun sebab kawan yang pancing,suruh buat...
Tapi saya suka!
Kebanyakan benda yang saya nak update Kat FB,saya updatekan terus kat Twitter.
Sebab nanti ada orang Menyibuk lak kat FB pasal Status saya tuh.>-<

Banyak gak info yang saya dapat daripada Twitter. Dah saya Follow U.A.I...Hahaha..
Internet jangan guna sembarangan... Use It Wisely!

And saya suka Tweet pasal... macam-macam lah!
X)

Saya tak nak lah suruh sapa-sapa FOLLOW... saja je annouce..
macam lah ada orang baca :P
hahaha!
Ni pun type syok-syok sendiri...
Keh keh keh!!

OKEY.Sebelum kewarasan saya jadi tak stabil,baik saya stop typing jap.CASE CLOSED

-FULLSTOP :P-