Saturday, July 28, 2012

No Need To Read This Blog Laa...

Tak payah la susah-susah lagi menyusahkan nak baca blog ni..
Blog ni only contain things about me and others that practically live around me...
Nothing special..

Minta maaf la kalau 'you' yang tengah membaca ni rasa penulisan saya ter'AMAT' lah..
Gedik.

Sorry la ea..

And kebanyakkanya citer tentang Iz,betul tak?
Hahaha...
susah nak tahan diri dari citer pasal dia..
tak boleh nak kawal tangan dari typing...
Whenever it comes to him,all my senses come alive..
Honestly...

Oh,dan ini blog saya.So,saya rasa saya ada hak nak tulis apa yang saya nak.
And you may 'roll your eyes' while read it.

Look!I even give you guys a permission!

*Bulan puasa gak la aku suka merepek...Haih..*



Awak Tak Hadir kan?

Assalammua'laikum w.b.t.~

Hari ni awak tak hadir kan?
ermm...
Bagus lah! ^_^
Dapat saya menjaga mata saya dari pandang awak...
Zina mata la katakan...
Cuma hati,mulut dan pemikiran je yang tak boleh control...
Astaghfirullahal a'zim...

well,jiran awak kata awak tak datang sebab hal family...
Someone meninggal ea?
Are you going to be fine,Iz?
Takziah tau...
Jangan lupa ...
Selalu sedekahkan al-fatihah kat arwah...

Nak cakap ngan Iz....
Tapi takde topik la pulak...
and Mimi dah start segan ngan Iz.
Nape ea?


Monday, July 16, 2012

First Time Camping.. FuFuFu~

Assalammu'alaikum!
(Yo! ^_^)

Yeah!Mimi dah balik!
Home Sweet Home! ^_^

13 Julai and 14 Julai Mimi ada kem perkhemahan kat sekolah..
2 hari 1 malam je...
Tak sangka ayah Mimi approve sebab sebelum ni ayah Mimi tak bagi Mimi masuk mana-mana perkhemahan pun...
Maybe sebab takut Mimi ngajuk lagi kot...
Ahahaha!!
GEDIK!

Sepanjang perkhemahan tu macam-macam yang berlaku la..
Suprise untuk birthday boys and girls,
Pertandingan kawad kaki,
Pertandingan ikhtiar hidup, Gadget and Explorace,
Tidur lambat,bangun awal...
Wayang Pacak,
Solat Jemah,
Tazkirah,
Pengalaman.....pengalaman.....

Pertandingan Kawad Kaki
Budak-budak KRS(Kadet Remaja Sekolah) kena siap sedia pakai baju Uniform..
Budak pompuan pegi surau, tukar baju kat situ..
Waktu tu,banyak benda kita bincangkan..
Pasal ikhtiar hidup tu macam mana,kawad kaki tu..ada yang masih tak faham ke..
Mimi cakap Mimi faham cuma takut tersilap langkah atau lupa je..
Seriously,gementar..
Mimi siap-siap cepat sebab member yang lain belum sarapan lagi..
Bila semua dah siap,keluar terus ke dewan..

Ramai yang pegi beratur and makan..
Mimi tengok barisan bukan main panjang terus terbantut nak makan..
Lagipun,waktu tu tak lapar pun...

Tengah cari sorang budak,entah sapa..dah lupa..
Tiba-tiba Abang Min panggil dari tempat perkhemahan tu.
Dia tanya mana pudak KRS yang lain..kena cepat pakai lencana and semua sebab dah nak start..
So,Mimi panggil la budak lain...
Berterebas semua!
Mimi dah siap pakai semua kecuali topi sebab tak tau nak pakai macam mana...
so,bila kawan Mimi yang lain nampak Mimi semua dah siap..

"Mimi,tolong butangkan lengan baju ni!"

"Kak Mimi,Kasut ni ketat sangat la..Tolong longgarkan.."

"Mimi,betul tak cara saya pakai...takut salah la..."

Waktu tu,Mimi serious stress,sebab semua minta Mimi tolong..
Tapi akhirnya,semua Okay!Dah siap!
Mimi dah betulkan topi tu..suruh akak-akak yang lalu depan Mimi betulkan..
Still nampak tak lawa.
Jadi Mimi tanggalkan je la...
Lari-lari anak jumpa cikgu kat tapak perkhemahan..

Cikgu suruh  pakai lencana, gloves and semua benda tu lah..
Tapi yang Mimi tak puas hati tu,topi still tak betul2!
Mimi suruh la Abg Min yang betulkan,sebab akak2 yang lain tegah sibuk uruskan diri..
Sambil2 uruskan topi Mimi,
dengar la , Abg Min cakap "susah betul topi budak kecik nih.."
Please la!Mimi tak kecik,okay!
Mimi lagi tinggi dari orang yang lebih pendek :P

Mimi nampak JPAM..
Cari Izzat...
Yosh!Mimi nampak!!
Dia nampak smart..
Hehehehe...*senyum menggatal*

Abg Min suruh kitaorang berlatih sekejap..
tunggu Abg Meer buat undian,sapa yang kawad dulu..
Sebelah KRS,JPAM..
Tapi buat apa nak segan-segan.
Orang dah nak lawan dah!
Lantak ar!

Kita berlatih,berlatih...
Abg Min suruh serious,tapi dia yang buat lawak,kita gelak la..
Apa pun tak boleh..

Lepas tu,dah nak hujan..
dah hujan dah...renyai-renyai gitu..
Abg Min tanya boleh tak kawad kaki hujan2 camni..
Kitaorang jawab la , "BOLEH!!"
Apa kita kisah,Time Critical tu..
Last time training...gila ke nak lepas kan sebab hujan je..

Waktu kawad,Abg Min merepek je..
Nyanyi la,buat lawak la..
Nampak sangat nervous,bang...

Pastu Abg Min suruh buat 'Tepuk Semangat Kem Koku' and Tepuk Coca-cola'
Kitaorg buat betul2 punya.Kuat gak tepuk and hentak kaki..
Lepas buat je,kitaorang gelak..
Rasanya KRS je la badan uniform yang tak serious sangat.
Sebab tu suka join KRS tahun ni... :)

Banyak tips kawad yang akak Raihan,Abg Lim and Abg Min bagi.
Abg Min ada cakap,dia tak kisah kalau KRS tak menang..
Asalkan kita kawad 'smart'
tu je yang penting

Tengah syok-syok kawad..
Hujan lebat lak..
Abg Min suruh teduh dulu kat tepi Makmal...
Bila dah hujan,Mimi terpaksa la buka Spek Mimi..
Sebab kalau tak buka nanti,bila kawad,hujan tu kena kat spek
takkan la Mimi nak 'wipe' hujan tu waktu kawad nanti..

Budak KRS nampak happy je,walaupun dah nak kawad..
Yang lain serious la kot,sebab cikgu and platun diaorang suruh serious..

So,waktu berteduh..Kitaorg main la lagi..hahaha..
Kitaorang berbual,atur baju,lawan ngan kawan,buat lawak bodoh/pandai/menyakitkan hati..
Yeah...it is some kind of memory that i won't forget..

Mimi tengah tengok budak-budak lain lawan cakap,
tetiba je Abang Min datang kat Mimi,pegang topi Mimi
Dia cakap topi Mimi tak ketat..takut jatuh nanti..
Betulkan lah topi tu,Abg Min...Mimi pun dah naik muak nak betulkan...

Abg Min suruh buat 'Tepuk Kem Koku' and Tepuk Coca-cola'
So,kitaorang pun buat la..
Bising!! X)
Boleh pecah simen tu,kita hentak kaki together2.
Hahaha!What a happy moment...~

The time to 'Kawad' dah datang!
semua budak KRS beratur dalam barisan yang ditetapkan..
Abg Min bagi kata-kata  semangat untuk kita(and untuk dia gak sebab dia nampak nervous)
and suruh kita baca doa dulu sebelum melangkah kaki ke tempat kawad..
Kak Raihan baca,and saya amin kan je..hehehe..

Waktu kawad tu,Mimi buat muka serious.
tau lawak..tapi nak buat macam mana..
kalau tersengih tolak markah..

Sebelum ni waktu latihan kawad ,Mimi tak suka budak JPAM ada..
Sebab kalau JPAM ada, of course la Izzat ada...
Segan tahap gaban,bai!
Tapi waktu kawad,Mimi tak pakai spek..
Jadi Mimi tak nampak sangat...kurang jelas..
Kesimpulannya,Mimi tak tau sapa kat depan tengah tengok Mimi kawad!
(thank you Allah for making me 'rabun')  XD

Abg Min tersilap bagi command...nasib baik dia sempat nak betulkan balik command tu..
Mimi ngan kawan Mimi tersilap step waktu buat formasi tu..
tersilap langkah..
lupa nak kira sampai 15...
Kak Raihan pulak terlebih langkah ke depan..

Waktu Abg Min bagi command, "KELUAR BARISAN"
Kitaorang tak keluar..
berdiri jap situ..
angkat tangan ke muka..
"ALHAMDULILLAH..."
Ya Allah,selesai sudah urusan kami...
Lega betul waktu tu...

Lepas kami kawad,budak Kadet Polis lak punya turn
Diaorang kawad,smart..
Mimi cakap ngan Abg Min..
Kenapa kita tak boleh buat sebagus tu..
Abg Min cakap , "Tak Sempat ,kecik.."

Dah la tu....
Banyak sangat yang Mimi merepek...
Hahahaha...

Mimi akan 'miss' budak -budak KRS,
especially yang rapat ngan Mimi!
X)

Thursday, July 12, 2012

Full of Emotion Day


Assalamua'alaikum w.b.t.
(Yo! ^_^)

Hari ni macam-macam perasaan ada...
happy,nervous,sedih,gelabah,marah giler-giler..semua ada la!

Mimi start hari ni dengan perasaan nervous nak mampos!
SMKSP ada sediakan (jual) tudung yang khas untuk KOKURIKULUM and kem-kem la...
Cikgu cakap kena pakai...so, pakai la..
sampai je sekolah...perasaan tu dah start.

"Ya Allah,aku sorang je ke pakai tudung ni?! Ish!Patut pakai tudung putih je tadi... Tapi cikgu suruh pakai... apa ni??!! Alamak ai... Budak KRS lain semua pakai tudung putih... macam mana ni..."

Yeah.. tu la macam mana Mimi nervous...
siap ada monolog dalaman gitu.. hehehe..

Mimi nampak sorang akak form3 tengah jalan.. so,catch up ngan dia la..
Dia tanya pasal tudung tu and macam-macam la...
Mimi bagitau la apa yang Mimi rasa waktu tu..
Akak tu kata OK la...nanti dalam sekolah ramai lagi yang pakai...

And Guess What??



Ramai  gak yang pakai!!



Rasa lega betul waktu tu... Ahahaha!!

OK,ni lak waktu agama...
Since 2RK2 tak ada ustaz/ustazah nak ajar..(tak cukup tenaga pengajar rasanya..)
kita kena 'berpecah',masuk kelas either 2RK1,2A or 2B..
Mimi pilih 2RK1...(ok2..bukan Mimi pilih,kawan desak..)

So,waktu tu Mimi cari tempat duduk...yang kosong kat depan ustazah and sebelah Izzat..
Mimi pikir jap...sama ada nak duduk sebelah dia,atau depan ustazah..
Akhirnya,Mimi duduk sebelah Izzat.

Wait!!Hold On!!
Bukan Mimi yang nak.Tapi takkan la Mimi nak duduk depan ustazah,kat tengah lak tu...
Susah nak keluar and bagai..
Mimi Pikir Straight je,k..
Lagipun,bukan sebelah betul2...Still ada 'gap' gak..
Kiranya,ada jarak la...

Sepanjang masa duduk kat situ...bohong lah kalau Mimi kata diri ni tak nervous..
tambah-tambah lagi, Mas,Soleha,Nina,Husna, and sapa-sapa la asyik usik je...
Orang tengah berlakon Cool tu..please jangan kacau..

Pembelajaran pun mula...
and Nabila hand in satu kertas ni...
'Revision' untuk kita,ustazah kata..
Tapi Mimi dah ambil tadi...
Mimi nak bagi balik,tapi tak tau nak bagi kat sapa...
Tengok-tengok la sapa yang tak dapat lagi...

*Pusing belakang,tengok depan and toleh kiri*

Nampak Izzat tengah tengok kertas tu and nak tanya kat ustazah...(if i'm not wrong..)
Alang-alang ada kat tangan,Mimi tanya la sama ada dia ada ke tak kertas tu..
Dia cakap belum lagi..
So,Mimi bagi la..
Start dari situ...(*Awkward Moment*)
Dia ada tanya something,pasal Mimi ada kertas tu ke tak,kot..
Mimi tak dapat fokus bila depan Izzat...serious.
Disebabkan dah biasa guna nama bila cakap ngan dia...
Mimi tak tau nak guna 'Aku' ke...'Mimi' ke..'Kita' ke...'Saya' ke..
Akhirnya guna 'Aku'...itupun tergagap-gagap...
Kalau dengan dia je..boleh la guna nama itu semua kan...
Tapi kat tengah-tengah antara kami dua ada Suhaimi...
Kalau dia tau,MAMPOS AKU

So,life need to go on...
Next Chapter.

Waktu Dah Nak Latihan  Kawad
OK..Kat dewan ada Majlis rasmi..pasal koperasi...kem perkhemahan..bla..bla...bla..
habis je semua tu...pegi surau jap..ikut kawan...
Pastu patah balik...nak letak beg kat dalam kelas..
Waktu jalan tu,ada budak form 5 nak usha Siti,kawan Mimi..
Mimi tak kisah sangat sebab Mimi and Siti kenal dia...
Dia nak 'snap' gambar Siti..
Mimi tak bagi...ahahaha!

Pastu Mimi nampak Izzat lalu...straight kat depan Mimi...
Mimi tunduk je la...buat-buat tak nampak...
Lepas tu Alif kata,"Nak snap gambar guna handset orang,apa ni...."
Mimi gelak la...
Mimi jerit kat budak form 5 tu...

"APA?!Guna Handset orang?!Pi Mampos ar!"

Kira macam tu la agaknya...
Kind of harsh,I guess...
Tapi kira biasa la bagi budak laki ni...

Izzat still jalan..tak tau la apa reaksi dia bila Mimi layan laki macam tu...
Takpe kan...?

Waktu Kawad
Mimi Masuk KRS..Ingatkan tak payah kawad sebab Mimi tak participate dalam kawad ni...
Tapi Abang Min paksa gak..kata tak ramai orang..
Macam la Mimi tak tau yang Abang Min saja-saja je nak dera orang..Hmph!

waktu kawad asyik kena face JPAM je...
Izzat lak masuk JPAM..
Dia pun kawad...
And masuk kem...

Mimi pun baru tau...
Waktu tu tengah lepak ngan teacher Rosidah kat bilih BBM...
nampak satu kertas,Mimi ambil la...
Rupanya list budak yang participate dalam kem...
Cari nama Izzat..
Dalam hati,berdoa supaya dia tak masuk..
Tup,Tup..
ADA!!
Cis kau Jebat.. =_="

Rasa macam nak cancel je nama dia..
tapi,tak baik buat camtu..
bukan salah dia pun...

Mimi nampak IC dia belum isi lagi...
So,Mimi tuliskan la...
Yeah.. Mimi ingat IC Izzat tau...

Back to the story..

Mimi kata la yang Mimi tak nak kawad sebab segan,budak JPAM nampak..
Abang Min,Abang Lim and Abang Meer still paksa...
Nak tak nak masuk je la...
Haih....

Abang Min and Abang Lim ingat Mimi ada saudara kat JPAM sampai Mimi segan nak kawad...
Abang Lim and Abang Meer je yang tau sapa saudara Mimi...
Abang Lim tanya,yang mana?
Mimi tunjuk la kat....
IZZAT!!
Saudara Mimi bawah-bawah bacang..hahahaha!
Dia tanya belah bapa or mak.
Mimi kata belah bapa.
Hehehehe... *Mischievous smile*

Nanti Mimi perkenalkan betul-betul 'saudara' Mimi kat Abang Lim ea?

Anyway,Izzat nampak hensem giler pakai baju seragam tu! >_<
Suka tengok!Kalau boleh nak snap gambar.

Abang Lim pun kata Izzat hensem....(Bangga Mimi!)


Sunday, July 1, 2012

Kejadian di Dewan SMKSP (Pertandingan memasak)

Waktu tu kat dewan ada majlis...Pihak media(TV3) nak datang sebab ada pertandingan memasak anjuran MAGGI kat SMK Seri Pengkalan..Mimi ditugaskan untuk bagi hadiah je...tapi bila sampai je ke dewan,Cikgu Dalilah dah panggil Mimi and geng Mimi tolong dia angkat barang and macam-macam lagi la...

Penat..~ Tapi nak buat macam mana kan? 
Cikgu dah bagi amanah untuk buat kerja tu..
Pegang je la..

Susun hadiah saguhati untuk peserta atas meja..banyak beb..
17 sekolah masuk pertandingan tuh...satu sekolah 3 orang murid and 2 Guru Pengiring..
Macam-macam ragam Mimi nampak...ahahaha..

Kelas 2RK1 and 2RK2 dipanggil untuk kuiz ke apa kat dewan...
Mimi ngan kawan Mimi ada kat belakang dewan je..
Malas betul nak join..
Lagipun Mimi segan la nak duduk situ..ngan 'CameraMan' suruh posing lagi..
Tak kuasa mak! >,<

Dari belakang,Mimi nampak member2..semua prepare nak jawab..
Ada yang try2 nyorok belakang kawan..ada yang duduk ala2 Datin pi majlis Penting..
Macam-macam..

Tapi 1 je Mimi perasan..
Kita nampak 'dia'.!! :)
Happy sangat-sangat!

Muka dia pun dah selalu happy sekarang ni...sejuk hati memandang...keh keh keh!

Paling suka tengok dia gelak. Tergugat iman waktu tu! Bahaya!

Selalu la gak mengintai dia..lepas tu undur balik ke belakang and fokus kat kerja..

Lepas dah habis sesi soal jawab ngan Achick tu (tak ingat nama) and demostrasi memasak...
semua bersurai and diminta untuk amik minuman and makanan FREE disediakan kat luar..

Kawan-kawan Mimi yang tolong Mimi kat belakang dewan tu semua dah blah pi amik air and makanan tuh..
Tinggallah Mimi sorang-sorang kat belakang dewan ngan member2 lelaki..
Seram gak sorang je pompuan,ada lebih kurang 3 orang lelaki la waktu tu..
Pikiran Mimi dah macam-macam dah...
Tapi.."Beristighfar...beristighfar.."
Tak baik fikir lain...

Tetiba je,kawan Mimi datang balik,kata yang Cikgu Normah panggil..
Mimi pun pergi je la..ada la kerja yang kena dibuat kalau cikgu panggi-lpanggil ni...

Cikgu Normah kendalikan budak-budak kompang ni...
Dia suruh Mimi ngan kawan mimi yang lain pegang bunga telur ngan satu benda lagi tu.
apa entah nama dia
Nak sambut orang penting rupanya...ok...

Banyak benda berlaku dalam tempoh tu...
Nanti-nantilah Mimi cerita...

Satu lagi yang Mimi perasan..
Aidid Marcello datang ke sekolah Mimi...
Ini la dia.. :)


Tapi buat biasa je la...well,dia manusia..sama gak ngan kita...
Just pangkat je lain... :/

Keputusan pun dah keluar and SMKSP dapat tempat ketiga.. :)
Syukur Alhamdulillah...dapat gak top 3...

Lepas dah habis tu,tolong lah cikgu kemas barang...
kemas dewan..(suku je la..>.<)
And then balik kelas..

SEPATUTNYA!
Tapi Mimi tak nak ambil 'risk' masuk kelas tak bawak buku teks..
Dan akhirnya Mimi 'end up' lepak ngan Ustaz Ayob dalam bahasa Sarawak..
Hahahaha...
Orang tak tau kita tengah borak pasal apa...
TAK PAHAM!! XD

Okey la...sampai sini je la coretan Mimi malam ni...(malam ke ape,dah pagi dah ni!)
Ada masa lagi Mimi 'type' lagi...

Smile Is Sunnah...So,Smile Always! X)
Assalammua'alaikum...~ :)