Friday, June 29, 2012

Hukum Menutup Mata Ketika Solat




Hukum: Sah solat itu!(kira cam tak pe la tutup mata tu..)

Fuuh~
Mimi pun ragu-ragu sama ada sah ke solat Mimi bila tutup mata...
Tapi lepas kawan Mimi buat status kat FB pasal 'Hukum Menutup Mata Ketika Solat'...Mimi dah tau dah benda yang Mimi tak tau sebelum ni.
Syukran ya Izzatie,sebab buat status tersebut! >.<

Hukum dia sah sebab dengan menutup mata,kita boleh lebih khusyuk apabila menunaikan solat...

Tak Caye??TRY LA! InsyaAllah,Khusyuk! :)


Doa Rasulullah ketika Peristiwa Isra' Dan Mikraj




Mimi tengah syok-syok makan pisang waktu tu apabila keluar la citer yg 'islamik'..
citer apa, Mimi pun tak ingat tapi pengacaranya Wardina Saffiyah la...
Citer tu mengisahkan pasal Peristiwa Israk dan MIkraj.Seorang ustaz ni menerangkan kisah nabi muhammad ketika peristiwa tersebut.Ustaz tu juga mengkongsikan satu doa yang Rasulullah S.A.W. baca untuk menghalau jin ifrit daripada mengikutnya.
Ustaz ni pun ada nyatakan kebaikan doa ni jikalau kita membacanya..

Kebaikan:
1.Dipelihara daripada diganggu..
2.tidak diganggu oleh jin-jin dan makhluk halus sehingga keturunan-keturunan kita.(tak tau la sampai generasi ke berapa..)

Bila Mimi dapat tau je kebaikan dia,Mimi berusaha gak cari doa ni!
At first cari memanglah susah sebab Mimi tak tau nama 'spesifik' bagi doa ni..
Cari punya cari, Syukur Alhamdulillah...jumpa jugak...
Betul la kata orang..kalau kita berusaha mencari atau melakukan sesuatu ke arah kebaikan..InsyaAllah, Allah akan membantu kita.. :)

Tujuan Mimi cari ni satu je: NAK BAGI ORANG YANG AKU SAYANG BACA!

lepas tu,Mimi pun berusaha la jugak baca and hafal...biar sama-sama hafal..

If I got the benefit,then so are you!

"Barang baik,jangan simpan sorang-sorang...lebih baik kita share-share..betul tak brader??"

Hehehe..
OK OK...ni Doa Ruqyah Jibril yang Mimi berjaya jumpa..

Ruqyah Jibril : Doa Pendinding Diri

Ini adalah doa dia :)

Maksud :
Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi  dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang  hari dan dari kejahatan jalan-jalan  dimalam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang.


(Ta’awudz (doa perlindungan) diatas diajarkan oleh Malaikat Jibril a.s kepada Rasulullah SAW ketika malam Isra’ dan Mikraj. Ketika itu Nabi SAW dihadang oleh jin ifrit yang diutus oleh iblis yang membawa obor untuk membakar Nabi Muhammad SAW. Lalu Rasulullah membaca doa perlindungan tersebut sehingga ifrit tersebut kalah menyingkir (H.R Iman Al-Bukhari)



Any soalan tentang hadith2 atau sunnah nabi,cari la kat situ.InsyaAllah ada.... :)

Semoga entri kali ini beri manfaat bagi awak yang sedang membaca! ^_^

Tuesday, June 5, 2012

Mengapa hanya 2 Minggu??

Assalammua'laikum w.b.t...

Why?! Oh 'Cuti..mengapa kamu berlangsung 2 minggu sahaja?mengapa tak setahun?WHY??

Ok,ok....setahun tu dah over sikit.kalau parents saya dengar, mesti diaorang cakap camni,

"Kalau macam tu,baik tak payah sekolah..Jimat duit ibu dan ayah.."


"Haaa...dahlah jimat...dapat pembantu FREE lak tu..Tak payah susah-susah nak bayar gaji.."


"Untung dapat anak macam ni..."*Senyum ala-ala memerli*


Well,that is my parents attitude.

Kalau cuti je,confirm bangun pagi lambat kan?Ada yang bangun pukul 7 pagi,pukul 8 pagi ,pukul 12 tengah hari dan yang paling teruk..bangun jam 7 (keesokkan paginya).
Saya waktu cuti ke,hari sekolah ke..same je.bangun pukul 5.Kadang-kadang bangun pukul 6... ^_^

'CUTI' is when we spend our time with our beloved family,right?So,itulah aktiviti saya sepanjang 2 minggu ni..
Yelah...dah kat rumah tu,family saya je yang ada...Nak mengadap muka sapa lagi kalau bukan mereka,betul tak?
Secara jujurnya,saya pun rindu nak mengadap muka diaorang...kalau hari sekolah,dapat tengok tak kurang dari 12 jam je...berborak jam 6,7 and 8.Lepas tu,parents dah lelap.

Akak and abang apa lagi...LANGSUNG TAK DAPAT JUMPA!
2 orang hamba Allah ni sekolah kat asrama...balik rumah pun 2 minggu sekali.Sebulan sekali pun pernah tau....
Rindu...Sorang2 kat rumah,melayan adik2 yang banyak karenah tu..sapa tak penat?
Tapi nasib baik adik2 ada...Terhibur juga la ngan diaorang...

All-Time favourite activity:Lepak ngan akak and abang kat dalam bilik selama berjam-jam lamanya...
What a sweet moment...
Kita akan cerita pasal sekolah,pasal lelaki or perempuan,music/k-pop,hal-hal semasa...
Dan kebanyakan masa kita,dipenuhi dengan lawak spontan. XD
Boleh sakit perut gelak.. X)
Kadang-kadang bergaduh la juga...adat la..adik beradik..
Tapi apa-apa pun,saya tetap sayang adik beradik saya dengan sepenuh hati saya...<3
(Saya tak nak replace family saya!>.<)

Ada yang cakap keadaan keluarga saya dah macam Drama...(terus-terang la..ada la sikit ):P

Kerja sekolah...ada yang dah siap..ada yang belom...
Selalunya kita buat last-last minute,betul tak??

Hope U guys had a lovely holiday!! ^_^





The Owner :)



Assalammu'alaikum w.b.t~ :)


Ini blog ke-2 saya!Mwahahaha!Blog yang pertama macam tak jadi je...kebanyakkan nya merapu and Copy+paste dari blog orang lain...Al-maklum la...saya mengidap penyakit 'MALAS' tahap 2 untuk meng'update' blog...
Tahap 2 tu kiranya tak parah la.Hahaha...

OK!Jadi blog ni khas untuk hidup saya...apa-apa yang terjadi,In Shaa Allah akan saya masukkan kat sini...
Eventhough saya tau tak ada orang yang sudi baca blog saya ni...=_="

Tapi takpe!!(>.<)
Saya menaip atas kepuasan saya sendiri..hahahaha..(sedihnyer...T^T)
Pernah tulis atas buku...tapi member lelaki lak baca....Saya tulis dalam Bahasa Inggeris..So,sorang dua je la yang faham...^_^
Dah faham tu,apa lagi...Habis saya kena sakat!
Tapi nasib baik diaorang boleh simpan rahsia....(Fuuhh!)

So,Let me introduce myself. ^_^
Saya telah dinamakan 'Nurul Syamimi' pada 12 November 1998 oleh kedua-dua orang yang saya hormat,iaitu ibu dan ayah. :) Anak ketiga daripada 5 orang hamba allah yang telah lahir sebelum dan selepas saya.Hehehe..

Likes: key chains,Cute Stuff, Blogging, Playing The Internet, Japanese, Songs, Paling suka bertaranum ketika mengaji kitab suci Al-Quran, dan suka mendengar orang lain bertaranum. :)

Dislikes: Tindakan Kejam ISRAEL terhadap Umat Islam, Orang lain mencaci agamaku Islam, Orang yang tidak tahu menghormati perempuan, Mencabul maruah orang lain,menjatuhkan air muka orang lain.


*Likes and Dislikes saya akan ditambah dari semasa ke semasa.. hahahaha! \(>o<)/